
Sulit
4 tahun
Duration unguk sprema hidup
kalau pasangan self ejaculated then lap guna kain, dan kain yang sama digunakan untuk mengelap faraj, adakah sperma masih hidup dan ada kemungkinan untuk sperm berenang ke dalam faraj?

4 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, sperma boleh hidup selama beberapa jam apabila ianya berada di kawasan yang mempunyai semen. Hal ini kerana sperma memerlukan suhu dan kondisi sekeliling yang bersesuaian untuk terus hidup. Sperma boleh hidup sehingga berminggu apabila disimpan pada suhu yang sejuk atau sehingga bertahun apabila ianya dibekukan bersama di dalam semen. Peratusan untuk hamil apabila sperma hanya berada di luar faraj tidak diketahui. Namun, secara amnya terdapat kes dimana lelaki dan wanita tidak mendapatkan cahaya mata walaupun telah mencuba banyak kali akibat daripada jumlah sperma yang tidak mencukupi oleh pasangan lelaki.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh menempah rundingan bersama doktor pakar & hospital pilihan anda di sini. Klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.