
scha_sakura94
5 tahun
Ectopic pregnancy dan kitaran haid tidak tetap
Saya wanita berumur 25 tahun. Saya baru lepas menjalani operation membuang sebelah kanan tiub fallopian dan ini adalah kehamilan saya yang pertama. Adakah peluang untuk saya hamil lagi? Kitaran haid saya tidak tetap. Kitaran period yang terpendek 35 hari dan kitaran haid terpanjang 45 hari. Bagaimana saya ingin mengira waktu subur saya? Mohon pencerahan. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih telah mengajukan soalan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang puan hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan puan tentang masalah yang dihadapi. Kitaran haid yang normal terjadi setiap 24-38 hari dan berlangsung selama sehingga 8 hari. Kitaran haid dapat dikatakan tidak normal apabila kitaran haid seterusnya datang lebih dari 38 hari atau pada kes anda, selama 45 hari. Hal ini dapat disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Kehamilan
- Masalah ovulasi
- Fibroid dan polip
- Keadaan di mana endometrium tumbuh ke dalam dinding rahim
- Gangguan pendarahan
- Masalah berkaitan dengan beberapa kaedah kawalan kelahiran, seperti alat intrauterin (IUD) atau pil kontraseptif
- Keguguran
- Kehamilan ektopik
- Jenis-jenis kanser tertentu, seperti kanser rahim
Sebaiknya anda mendapatkan konsultasi doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut tentang masalah kitaran haid anda. Merujuk kepada peluang untuk hamil, perlu untuk diketahui bahawa struktur tiub fallopian terdapat dua di kiri dan kanan setiap wanita. Tiub ini adalah tempat persenyawaan antara ovum dan sperma terjadi. Oleh itu, sekiranya tiub fallopian kanan anda telah dibuang, anda masih mempunyai peluang untuk hamil dengan menggunakan tiub fallopian kiri.
Untuk mengetahui punca sebenar kepada masalah yang puan hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, adalah amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.