
Sulit
3 tahun
Eczema di kawasan bibir
Saya berumur hampir 40 tahun dan mengalami eczema di bahagian bibir sejak akhir tahun lepas. Pernah mengunjungi hospital swasta dan di beri injection triamcinolone. Memang berkesan tetapi kembali semula selepas beberapa minggu. Saya ingin mendapat pendapat dan rawatan dari doctor kerajaan. Eczema juga ada di bahagian leher tetapi masih lagi bawah kawalan kerana Saya mengguna cream yang di beli dari farmasi. Apakah yang perlu saya buat sekarang?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami amat memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Kami memahami bahawa anda ingin mengetahui apa yang perlu dilakukan untuk masalah ini.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Berhenti dari pemakaian produk yang anda rasa memicu gejala tersebut dengan segera
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
- Mendapatkan bantuan doktor sesegera mungkin
Anda disarankan mendapatkan konsultasi pakar secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!