
Sulit
3 tahun
Eczema / Gatal-gatal
Hai doc,ada tak pill makan untuk eczema untuk yang berumur 60 tahun keatas?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah ekzema yang anda hadapi. Untuk makluman anda, cara merawat penyakit ekzema adalah melalui perubahan gaya hidup, ubat-ubatan dan terapi. Sekiranya masalah ekzema anda semakin berlarutan dan memburuk, kami sarankan anda untuk mendapatkan bantuan doktor di klinik / hospital berdekatan bagi mendapatkan rawatan untuk melegakan dan mencegah kegatalan, yang boleh menyebabkan jangkitan.
Bagaimanapun, secara umum, cara merawat penyakit ekzema adalah seperti:
- Perubahan gaya hidup
- Oleh kerana penyakit ini menjadikan kulit kering dan gatal, losyen dan krim disyorkan untuk menjaga kulit lembap. Produk ini biasanya digunakan apabila kulit lembap, seperti selepas mandi, untuk membantu kulit mengekalkan kelembapan.
- Pemampatan sejuk juga boleh digunakan untuk melegakan kegatalan.
- Cara mengurangkan tekanan atau stress adalah termasuk melakukan senaman pernafasan yang mendalam, mengamalkan yoga, bermeditasi, mendengar muzik, dan mengutamakan tidur malam yang baik.
- Ubat-ubatan
- ubat-ubatan seperti antihistamin, antibiotik, cyclosporine adalah memerlukan preskripsi doktor.
Walaupun terdapat produk “over-the-counter” (OTC), seperti krim “hydrocortisone” 1%, atau krim preskripsi dan salap yang mengandungi kortikosteroid, sering disyorkan untuk mengurangkan keradangan. Namun, ubat ini tidak boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang kerana kesan sampingannya.
- ubat-ubatan seperti antihistamin, antibiotik, cyclosporine adalah memerlukan preskripsi doktor.
- Terapi
- Terapi seperti tar dan fototerapi memerlukan konsultasi khusus bersama doktor.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Terima kasih