
Sulit
4 tahun
Edd tak sama dengan last period
last period saya adalah pada 1/4. pada 25/4, doktor swasta telah buat urine test dan scan. dan saya didapati mengandung 6w5d. adakah keputusan scan itu salah atau tarikh last period saya di kira dari 8/3… mohon pencerahan doktor… dan adakah saya perlu ikut data dari scan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Imbasan Ultrasound untuk mengetahui tarikh lahir kandungan adalah tepat. Namun begitu, keputusan imbasan tersebut juga harus dibandingkan dengan tarikh hari pertama kitaran haid terakhir semasa menentukan tarikh lahir kandungan. Oleh itu, puan boleh merujuk balik doktor anda untuk keterangan lanjut.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira untuk mengira umur kandungan. Antaranya:
- Tempoh kitaran haid
- Penggunaan perancangan keluarga (pil, suntikan, implan)
- Ketepatan tarikh terakhir datang haid dan scan
Namun begitu, doktor juga akan mengambil sejarah kesihatan dan haid anda dengan mendalam untuk menggunakan umur kandungan berdasarkan scan ataupun tarikh terakhir datang haid anda.
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai pertanyaan anda. Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.