
Sulit
3 tahun
Effects lepas minum coffee
Hi doc, saya nak tanya kenapa lately ni lepas saya minum coffee, saya jadi gelisah, pernafasan pun tak teratur and susah untuk tidur. Sebelum ni tak pernah jadi pun. And ada satu masa saya macam kena anxiety attack.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami selepas minum kopi adalah disebabkan:
- Kesan kafein
- Alahan pada bahan kopi seperti kafein
- Kurang gula dalam darah - hasil ketidak-stabilan hormon insulin dan adrenalin
Bagi mengelakkan masalah ini, anda boleh mencuba kopi “de-caf” (tanpa kafein) dan lihat jika kesan sama masih berulang namun sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.