Sulit
6 tahun
Ejaklulasi Pramatang
sangat sensitive bila membuat hubungan intim sehingga cepat mengalami ejakulasi. kurang daripada 1 minit ejakulasi boleh berlaku. apa perlu saya lakukan? ubat apa yang perlu saya ambil ?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah ejakulasi pra-matang ini boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- kurang berpengalaman seksual
- isu dengan imej badan
- kebaharuan hubungan
- terlalu banyak rangsangan
Bagi mengatasi masalah ini beberapa langkah boleh diambil seperti:
- Bertenang
- Berbincang dengan pasangan
- Amalkan gaya hidup sihat
- Kurangkan berat badan
- Elakkan merokok
- Pemakaian ubat sapuan atau suplemen - ubatan ini memerlukan preskripsi doktor bagi mengelakkan tindak balas yang tidak diingini
Bagi menyelesaikan permasalahan ini anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































