Sulit
4 tahun
Ejakulasi pramatang apabila bersama isteri. Sudah lama trjadi. Bingung dengan msalah ini
Sy lelaki brusia 40an mglami mslh ejakulasi pramatang. Sy mkn ubat drh tinggi. Ada ke ubat yg blh mrawat pnyakit sy ni? Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Kurang berpengalaman seksual
- Isu dengan imej badan
- Hubungan baru
- Terlalu banyak rangsangan
- Stres hubungan
- Kebimbangan
- Perasaan bersalah atau kekurangan
- Kemurungan
- Isu berkaitan kawalan dan keintiman
- Kencing manis
- Multiple sclerosis
- Penyakit prostat
- Masalah tiroid
- Penggunaan dadah haram
- Penggunaan alkohol yang berlebihan
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor



























