
Sulit
5 tahun
Ejakulasi pramatang / mati pucuk
Untuk makluman, saya berumur 44 tahun, telah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata. Tiada masalah Kesihatan seperti darah tinggi, kencing manis, gout. Kolesterol ada sedikit, kini dalam pemantauan Dr, Cuma belum lagi diminta makan ubat.
Masalah yang saya hadapi sekarang adalah bagi mengatasi masalah cepat pancut semasa hubungan kelamin, sebelum ini hubungan kelamin kami ok sahaja, saya boleh bertahan (tetapi tidak lama mana pun). Cuma sekarang lagi cepat, terasa sangat ngilu pada bahagian kepala zakar yang seterusnya menyebab ianya cepat ejakulasi. Adakah ini juga faktor penyebab kekerapan aktiviti onani semasa zaman bujang?
Pelbagai cara (seperti menggunakan minyak urut) dan ubat di pasaran saya telah cuba, tetapi masih belum jumpa yang bersesuaian. Ada yang saya pernah cuba satu ubat supplement, tetapi memberikan kesan iaitu menyebabkan kepala pening-pening di hari berikutnya, saya terus berhenti. Jadi, perkara ini saya tidak tahu hendak klasifikasikan di bawah ejakulasi pramatang atau mati pucuk. Masalah ini sering menghantui saya sebab saya inginkan hubungan kelamin yang dapat memuaskan kedua-dua belah pihak.
Boleh kah saya membeli ubat Viagra dalam ruangan farmasi? Saya belum pernah mencuba ubat ini lagi.
Justeru, mohon pandangan dan nasihat Dr dalam perkara ini.
Sekian, terima kasih.

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, pra ejakulasi atau ejakulasi pra-matang bermaksud zakar mengeluarkan air mani atau semen pada awal waktu aktiviti seksual sebelum zakar belum menegang sepenuhnya. Mati pucuk pula ialah apabila zakar tidak boleh menegang langsung akibat daripada beberapa faktor.
Antara punca pra-ejakulasi ialah:
- psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- endokrin - masalah tiroid
- arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tingg, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan preskripsi ubat yang anda mahukan. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.