Sulit

3 tahun

Ejakulasi Pramatang Menimbulkan Rasa Dan Rendah Diri

Saya berusia 20 an dan baru berkahwin… Saya mengalami masalah ejakulasi pramatang di mana sangt sekejap penetrasi saya dan isteri sy. Sy benar2 rasa malu dan rendah diri. Saya dah mencuba banyak kali dan saya tak tahu apa yg perlu sy buat. Adakah ada ubat utk masalah ni?

Salam sejahtera, terima kasih untuk soalan encik dan tahniah diucapkan atas perkahwinan encik.

Kami faham dan berasa simpati terhadap kebimbangan encik.

Ejakulasi pramatang terjadi apabila seseorang gagal mengawal ejakulasi apabila diransang atau ketika hubungan intim bersama pasangan dan ejakulasi berlaku terlalu cepat.

Keadaan ini jika cukup serius boleh menyebabkan kemurungan, rendah keyakinan diri seperti yang dialami encik dan juga boleh merosakkan kebahagian rumah tangga. Banyak faktor yang menyumbang kepada kondisi ejakulasi pramatang.

Antara faktornya ialah panik, gugup, obesiti, gaya hidup tidak aktif, merokok, dan lain2.

Terdapat beberapa cara encik boleh lakukan untuk mencuba merawat ejakulasi pramatang. Yang pertama ialah encik boleh mencuba mengurangkan kekerapan masturbasi jika encik terlibat dalam perbuatan sedemikian.

Yang kedua encik tidak boleh panik dan terlalu memikirkan tentang masalah ini kerana ini akan menyebabkan encik panik dan kitaran ini akan berterusan.

Encik juga boleh mencuba untuk menjalani kehidupan yang lebih aktif dan sihat seperti sering beriadah.

Encik juga boleh pergi berjumpa dengan petugas kesihatan bertauliah untuk mendapatkan rawatan ubat jika perlu untuk merawat masalah ini

Terdapat juga beberapa terapi yang berkesan untuk merawat ejakulasi pramatang. Encik boleh berjumpa dengan kaunselor jika berminat untuk meluah perasaan encik.

Anda juga boleh berhubung dengan kami di link ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan diagnosis yang terperinci dan konsultasi secara peribadi dengan pakar. Terima Kasih.

Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah

Teenage%20boy

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)