Franklin Winn

6 tahun

Ejakulasi Pramatang

Sy berusia 29 tahun… Sy ada masalah ejakulasi pramatang… Baru setahun kahwin… Terasa cepat ngilu bila bersama… Ereksi pun tak tahan lama… Sy pernah ambil suplemen nu prep dan gel gambir emas… Ianya tahan utk malam tu sahaja… Perlukah sy terus kan suplemen itu

Dr Ilias,

6 tahun

Selamat sejahtera. Masalah ejakulasi pramatang ini memberi kesan kepada 150 juta lelaki di seluruh dunia. Masalah ini agak biasa dalam golongan lelaki yang berusia 40 tahun dan lebih muda. Janganlah berasa tertekan kerana anda tidak bersendirian dalam hal ini.

Punca berlakunya masalah ejakulasi pramatang adalah tidak diketahui tetapi beberapa kajian mencadangkan masalah psikologi seperti kebimbangan merupakan antara penyebab. Terdapat juga beberapa faktor risiko yang menyebabkan masalah ejakulasi pramatang seperti masalah genetik atau turun-temurun. Masalah hormon seperti hormon tiroid ataupun masalah kesihatan lain seperti jangkitan prostat juga menyumbang kepada ejakulasi pramatang. Kemurungan, cepat marah, kebimbangan, tekanan semasa bersama turut menyebabkan anda menghadapi masalah sebegini.

Anda boleh berunding dengan doktor untuk mengenal pasti punca utama masalah dengan menyediakan sejarah penuh masalah yang dihadapi dan pemeriksaan yang diperlukan boleh dijalankan.

Terima kasih di atas soalan anda. Ejakulasi pramatang membawa maksud seseorang lelaki itu mencapai ejakulasi lebih awal daripada waktu yang dikehendaki oleh beliau serta pasangan. Buat pengetahuan anda, masalah ini merupakan salah satu masalah seksual yang kerap dihadapi oleh kaum lelaki.

Ianya boleh berpunca daripada beberapa masalah seperti faktor-faktor yang memberikan tekanan perasaan serta masalah di dalam perhubungan. Faktor-faktor biologi termasuklah ketidakstabilan hormon di dalam badan, masalah pada neurotransmitter otak, keradangan serta jangkitan pada prostat atau saluran kencing dan sebab-sebab keturunan.

Rawatan untuk masalah ejakulasi pramatang yang khusus perlulah diperoleh daripada pengamal perubatan yang professional. Rawatan tanpa ubat termasuklah mengamalkan beberapa teknik seperti berhenti merangsang kemaluan apabila terasa seperti hendak mencapai klimaks. Teknik kedua pula dilakukan seperti di atas, tetapi ditambah dengan menyempitkan sedikit laluan keluar air mani menggunakan tangan apabila terasa seperti hendak mencapai klimaks sehinggalah ereksi berkurangan.

Selain daripada kaedah rawatan secara fizikal, terdapat juga beberapa ubat-ubatan yang digunakan oleh pengamal perubatan untuk merawat masalah ejakulasi pramatang seperti ubat SSRI yang akan melambatkan ejakulasi. Harus diingati bahawa setiap ubat-ubatan yang digunakan mempunyai kesan sampingan seperti rasa mual-mual serta muntah-muntah.

Sesetengah pengamal perubatan akan memberikan krim atau spray anestetik.

Dr Ramzdhan,

6 tahun

Terima kasih atas soalan encik kerana sudi berkongsi masalah dan menggunakan perkhidmatan kami.

Ejakulasi pramatang boleh berlaku sepanjang hidup sejak seseorang lelaki itu akil baligh atau berlaku pada satu ketika setelah mengalami ejakulasi normal sejak akil baligh. Keadaan ini seringkali membimbangkan pesakit serta menyebabkan masalah emosi akibat perasaan malu atau rendah diri dengan pasangan masing-masing ketika melakukan hubungan intim.

Ambilan supplement seperti nu prep dan gel gambir emas seperti yang encik lakukan merupakan salah satu rawatan alternatif. Namun begitu tiada kajian mendalam yang telah dilakukan terhadap produk tersebut. Maka, keberkesanan produk-produk tersebut boleh diragui, dan tidak dapat dikenal pasti. Malah mungkin
mempunyai kesan sampingan yang tidak diketahui.

Masalah ejakulasi pramatang berlaku akibat beberapa faktor. Contohnya tertekan dengan kehidupan, masalah mental seperti kemurungan atau masalah hubungan dengan pasangan itu sendiri. Teradapat pesakit yang terlalu risau tentang prestasi ketika melakukan hubungan intim dengan pasangan. Jadi, dengan menangani masalah-masalah berikut, seperti menjalani sesi kaunseling boleh menyembuhkan masalah ejakulasi pramatang ini.

Encik dinasihatkan agar berjumpa dengan doktor untuk mengetahui punca masalah ini kerana ia mungkin berlaku akibat masalah kesihatan lain.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)