
Sulit
4 tahun
Ekzema di seluruh badan
Saya lelaki berusia 22 tahun mengalami ekzema di seluruh badan(Muka,mata,mulut,leher tangan, kaki, bawah lengan,telinga, rambut dan dibawah dada) terutamanya di bahagian pelipatan badan. Ekzema saya biasanya mengeluarkan cecair berwarna kuning dan selalu berdarah. Pernah berjumpa dengan doktor sebanyak 3 kali tetapi hanya diberikan ubat sapu (Hydrocortisone) tetapi tidak pernah berkesan.

4 tahun
Selamat sejahtera! Terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami dan mengambil serius dengan keluhan yang telah disampaikan. Untuk makluman anda,
Ekzema lazimnya berlaku pada anak-anak & bayi. Ia juga turut dikenali sebagai dermatitis atopik (gangguan alahan kulit).
Kondisi ekzema meliputi keradangan kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit yang melecur. Jika berpanjangan, ia dapat menyebabkan kegatalan.
Ekzema selalunya terdapat di muka, pergelangan tangan, pertengahan siku dan juga lutut. Kulit yang terlibat boleh mengelupas, berkerak mahupun berdarah.
Walau bagaimanapun, gejala-gejala tersebut boleh juga disebabkan oleh banyak perkara lain. Antaranya:
- Psoriasis adalah keadaan kulit biasa yang mempercepatkan kitaran hidup sel-sel kulit. Ia menyebabkan sel-sel membina dengan cepat pada permukaan kulit. Sel-sel kulit tambahan menyebabkan kegatalan dan kadang-kadang menyakitkan
- Dermatitis Kontak Alergi
- Alahan ubat
- Steven Johnson Syndrome
- Toxic Epidermal Necrolysis
- Dan lain-lain
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Buat sementara waktu, anda boleh cuba melakukan langkah-langkah berikut bagi mengurangkan gejala, seperti:
- Menggunakan pelembab
- Berhenti merokok
- Menjauhkan diri dari punca stres
- Minum secukupnya
- Menjauhi kawasan/cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
Krim seperti korticosteroid dan retinoid juga boleh membantu mengurangkan gejala kulit mengelupas yang ringan dan sederhana. Namun anda tetap dinasihatkan mendapat nasihat doktor secara langsung terlebih dahulu.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu kondisi kulit anda!
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.