Sulit
5 tahun
Elakkan mengandung setelah ejakulasi di luar
Saya telah berhubungan badan pada 18/1/2020 dan berada pada hari yang subur ketika itu. Suami saya telah memancutkan air maninya di luar tetapi saya risau jika mengandung. Adakah ubat untuk mengelakkan saya mengandung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, terdapat pelbagai cara atau ubat perancang keluarga. Antaranya:
- Suntikan perancang keluarga
- Pil/ ubat perancang keluarga
- Perancang keluarga implan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang cara atau teknik perancangan keluarga di sini. Terima kasih.


































