
Anonymous
5 tahun
Elergik timbul bintik-bintik merah dan ianya sangat gatal
saya lelaki berumur 20-an, sejak kecil lagi badan saya sentiasa gatal apabila waktu malam sebelum tidur disertakan dengan bintik-bintik merah yang timbul dan bintik-bintik merah itu berwarna merah dan besar…sehingga kini badan saya masih mengalami bintik-bintik merah pada waktu malam sebelum tidur. saya nak tanya apakah nama penyakit ini…sebelum ini saya pernah pergi ke klinik swasta dan pergi hospital untuk mengadukan tentang bintik-bintik merah yang timbul di atas badan saya tetapi saya hanya diberikan ubat sapu dan beberapa ubat tahan sakit.doktor itu menasihati supaya sentiasa sapu jika bintik-bintik merah itu timbul.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Terdapat beberapa sebab untuk berlakunya ruam atau bintik merah besar di sekeliling badan. Antaranya ialah;
- tindak balas terhadap alahan
- jerawat badan
- jangkitan kuman ataupun virus seperti (Shingles,kayap, demam campak)
- eczema
- ruam peluh
Oleh kerana pelbagai sebab boleh menjadi punca puan mengalami masalah tersebut kami perlu mengajukan beberapa soalan kepada puan untuk mengenalpasti dengan tepat penyebab masalah puan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak doktor kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih