
Sulit
4 tahun
Endometrium thicken
Hi… ibu sy dh pun menopause but suddenly last night dia ada keluar darah macam datang haid dan sangat banyak. Bila bawak pergi jumpa Dr, Dr cakap endometrium tebal dan sepatutnya bila dh menopause, dinding rahim akan menipis. Hal ini agak merunsingkan kami sekeluarga. Adakah ianya berisiko untuk menghidapi kanser rahim? Apakah yg menyebabkan dinding rahim menebal? Apa perlu sy membawa beliau berjumpa dengan pakar untuk rawatan lanjut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Hyperplasia
kanser endometrium (lapisan dalam rahim)
Adenomyosis
Fibroid
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.