
Sulit
3 tahun
Esbl uti e coli wanita hamil 36w. Bahaya pada ibu dan kandungan
Sy wanita usia 40 sedang hamil 36w. Berapa serius jangkitan esbl jangkitan pundi kencing e coli sehingga perlu dikuarantin dihospital dan diberi antibiotik melalui drip. Dan kesan kepada kandungan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, jangkitan saluran kencing tidak dapat berjangkit kepada orang. Biasanya, ia terjadi kerana bakteria dari dubur sendiri. Rawatan sepanjang 10 hari adalah berdasarkan kajian bahawa bakteria ini akan mati setelah jangka masa tersebut. Namun, ujian mungkin akan dilakukan sekali lagi untuk memastikan bahawa anda tiada jangkitan tersebut setelah habis ubat antibiotik. Oleh kerana anda sedang mengandung, anda harus memastikan bahawa anda habiskan ubat ini tanpa gagal kerana jangkitan ini boleh membahayakan kehamilan anda sekiranya tidak dibasmi. Minum air yang secukupnya dan jangan tahan kencing anda. Etika menggunakan tisu tandas untuk mengelakkan jangkitan saluran kencing ialah lap dari depan ke belakang. Wanita sangat mudah untuk mendapat UTI, lebih-lebih lagi seorang wanita mengandung.
Memandangkan anda telahpun berada di hospital dan dibawah penyeliaan rawatan doktor. Justeru kami menyarankan anda untuk bertanya dengan lebih lanjut melalui doktor yang merawat anda kerana mereka lebih mengetahui situasi dan keadaaan semasa anda. bantuan melalui forum ini adalah terhad.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.