
Sulit
4 tahun
Faktor yang mempengaruhi tekanan darah tinggi
Salam. Saya ingin bertanya, bila mengalami sesuatu penyakit seperti gastrik, bengkak kaki dan sebagainya, adakah ia akan mempengaruhi bacaan tekanan darah?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, penyakit-penyakit kronik seperti kegagalan buah pinggang, penyakit buah pinggang, kencing manis dan masalah hormon boleh meningkatkan tekanan darah.
Gastrik dan kaki bengkak boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah jika anda mengalami kesakitan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.