
Sulit
5 tahun
Faraj berbau ketika hubungan intim dan juga berbau sewaktu keputihan
Saya wanita berumur 25 tahun dan ketika ingin melakukan hubungan intim bersama pasangan. Faraj saya berbau hanyir. Dan keputihan yang saya alami juga mempunyai bau yang sama tetapi keputihan saya berwarna putih likat atau kekuningan. Saya pernah memeriksa diri sendiri secara terpencil menggunakan cotton bud dan memasukkannya di dalam faraj. Apabila saya keluarkannya bau nya memang dari dalam faraj. Saya sudah cuba bermacam cara menangani masalah berbau di faraj saya dengan mencuci menggunakan pembersih wanita, mengawal pemakanan dan menjaga kebersihan di kawasan faraj. Saya buntu dan tidak tahu jalan penyelesiannya.

5 tahun
Salam sejahtera.
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah faraj berbau yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah faraj berbau ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Keputihan fisiologi
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh kulat candida albicans
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Saya sarankan anda untuk hadir ke klinik dengan segera kerana mengambil inisiatif sendiri sahaja tidak mencukupi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.