atiqahrahiim123
6 tahun
Faraj berdarah dan gatal
saya wanita berumur 20 tahun , faraj saya pada mulanya gatal gatal , kemudian bila saya periksa , terdapat lendir atau cecair yang bewarna kuning , dan pada hari ini terdapat darah cair yang keluar dari faraj , tetapi bukan darah haid
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami, antaranya:
- Jangkitan penyakit kelamin
- Jangkitan kulat pada faraj
- Radang faraj akibat alahan kepada produk pencuci
- Faraj luka dan dijangkiti kuman
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































