
Sulit
4 tahun
Faraj berkedut dan kehitaman
Hi Dr, sy berusia 23 tahun, dan saya ingin bertanyakan tentang faraj sy. kenapa bahagian faraj saya seperti berkedut dan hitam (bahagian yg ditumbuhi bulu). adakah itu normal atau ada sebarang masalah

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, kehitaman pada faraj merupakan keluhan yang biasa dalam kalangan wanita. Hal ini bukanlah sesuatu yang serius, ia hanya merupakan masalah kosmetik sahaja. Kehitaman pada kulit faraj boleh disebabkan oleh beberapa penyebab seperti gesekan pada pakaian, terlalu kerap mencukur bulu ataupun genetik.
Namun begitu, anda disarankan berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami masalah serius. Hal ini bagi mengenalpasti masalah jangkitan. Masalah/ gejala yang serius adalah seperti :
- faraj berbau
- faraj terasa sakit
- keluar lendir berbau dari faraj
Jawapan ini merupakan keterangan am mengenai masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat.Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Rahsia anda akan kami jaga. Terima kasih