
Sulit
4 tahun
Faraj kerap berbau hanyir
Saya wanita berusia 39 tahun selepas melahirkan anak ketiga saya telah diikat peranakan pada tahun 2013. dalam tempoh 2 tahun kebelakangan ini saya dapati saya ada masalah faraj berbau hanyir .pengambilan antibiotik yang di masukkan ke dalam faraj ada memberi kesan positif tetapi akan berulang 2 minggu selepas itu bau tersangat kuat semasa berhubungan kelamin menyebabkan saya malu dan kurang keyakinan diri . bagaimana cara mengatasinya

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah faraj berbau hanyir boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Bacterial vaginosis berlaku akibat ketidak seimbangan bakteria faraj
- Jangkitan kandidaisis yang disebabkan oleh bakteria lactobascillus
- Chlamydia yang disebabkan oleh bakteria chlamydia trochomatis
- Gonorea oleh Nisseria Gonorrhoea
- Trichomoniasis disebabkan oleh bakteria trichomonas vaginalis
- HPV yang disebabkan oleh virus Human Papiloma Virus (HPV)
- Herpes yang disebabkan virus Herpes Simplex
Terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan terjadinya masalah di atas kerana menggangu persekitaran faraj seperti kerap menggunakan pencuci faraj terutamanya yang mengandungi banyak pewangi dan kandungan bahan kimia yang merengsakan kulit. Oleh itu, puan dinasihatkan untuk tidak mengamalkan tabiat mencuci dengan pewangi faraj ini kerana ia merupakan salah satu faktor masalah keputihan dan kegatalan yang anda hidapi. Selain itu, cuba gunakan pakaian dalam yang diperbuat daripada kain kapas serta elakkan pakaian dalam yang ketat. Ganti pakaian dalam dengan kerap terutamanya selepas berpeluh dan basah.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Untuk mendapatkan pendapat doktor pakar wanita atau nama lainnya, pakar ginekologi(Gynaecologist), anda boleh klik link ini (specialist booking). Terima kasih.