Sulit
4 tahun
Faraj kurang selesa
Salam , Hi Doctor . saya ingin bertanya . Saya mengalami kurang selesa d bahagian faraj . Di mana apabila kencing sy x dapat nak tahan , ( meaning air kencing x boleh bertakung sikit terus nak tekucil lagi ) , apabila kencing rasa x puas kencing macam tu & gatal di saluran faraj . Apa perlu saya lakukan doc ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Jangkitan saluran kencing
- Kencing manis
- Kehamilan
- Masalah overactive bladder
- Minum air terlalu banyak
- Batu karang di urinary bladder
Untuk masalah gatal di faraj, ia boleh disebabkan oleh:
- Jangkitan candida
- Kutu di kemaluan
- Kudis buta di kemaluan
- Penyaki diabetes
- Psoriasis atau ekzema
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan


































