
Sulit
3 tahun
Faraj mengalami ulser
Saya wanita 20an baru mengalami seperti ulser di faraj.berdenyut dia dr faraj hingga naik ke kepala. Apakah yg patut saya buat doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, anda mengalami gejala ulser di bahagian kemaluan. Kami memahami kebimbangan anda dan kami akan cuba untuk membantu anda dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Luka akibat alahan seperti pada kain atau sabun
- Dermatitis
Namun gejala yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara yang serius dan memerlukan susulan daripada doktor seperti:
- Jangkitan herpes genital
- Jangkitan penyakit kelamin seperti sifilis
- Penyakit kulit seperti ekzema atau lichen sclerosis/planus pada kemaluan
Oleh itu, anda disarankan untuk berhubung dengan doktor secara atas talian untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut ataupun nasihat yang seterusnya.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.