
Anonymous
5 tahun
Faraj rasa sakit tak selesa dan berdarah ketika bersama dengan pasangan
Hi doc,
Sy berumur 36 tahun. Sesekali sy melakukan hubungan seks dengan pasangan. 1 masa ketika berhubungan faraj sy mngeluarkan sedikit darah, rasa tak selesa dan sakit ketika bersama. Selepas bersama akn rasa pedih. 3 bulan lepas sy pernah alami keputihan yang kadang kala mngeluarkn bau yg kurang baik serta gatal. Pernah bjumpa doc, doc beri ubat sapu. Tp kadang baik kadang dtg semula dan selalu gatal. Sy kerap cuci faraj sy spt biasa. Dan mmbiarkan ia kering sebelum memakai seluar dlm seperti yg doc sarankan.Tp ia tetap berlaku. Apa yg patut sy bt doc. Sy risau. Tkasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Pendarahan semasa bersetubuh boleh disebabkan oleh beberapa perkara:
- Tidak cukup pelincir ketika melakukan hubungan
- Jangkitan kuman pada bahagian kelamin atau telah merebak ke bahagian pelvis
- Luka yang tidak pulih selepas bersalin
- Ketumbuhan polip pada bahagian dalam vagina, cerviks atau rahim
- Radang pada cerviks
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.