
Sulit
5 tahun
Fistula in ano selepas pembedahan perianal abscess adakan akan menyebabkan kemudaratan dalam jangka masa yang panjang
Kawan saya wanita berumur 25tahun telah menjalani pembedahan perianal abscess pada bulan januari, selepas follow up di hospital doktor memberitahu terdapat fistula in ano yang menyebabkan luka tidah sembuh sepenuhnya. Kerap keluar cecair seperti nanah ataupun darah dari luka yg kecil itu. Kadang2, selepas membuang air besar akan terdapat najis yg keluar dari luka tersebut. Adakah ia merbahaya jika dibiarkan? Apakah yang dia boleh lakukan sementara menunggu tca pada bulan 6 ini? Kawan saya tidak mempunyai sebarang penyakit, tetapi telah menjalani pembedahan emergency perforated appendicitis pada tahun lepas. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, ‘fistula in ano’ berlaku setelah ‘perianal abscess’ yang tidak sembuh sepenuhnya. Hal ini menyebabkan ‘terowong’ ini terbentuk. Fistula tidak merbahaya tetapi boleh menyebabkan ketidakselesaan pada kawan anda. Simptom yang mungkin dihadapi oleh kawan anda ialah:
- kegatalan pada kawasan dubur
- Sakit semasa duduk atas punggung
- Berdarah atau bernanah semasa berak
Fistula in ano jarang sembuh tanpa rawatan. Oleh itu pembedahan diperlukan untuk membuang fistula ini. Pembedahan ini boleh membawa komplikasi seperti:
- Jangkitan kuman
- ‘Bowel incontinence’
- Fistula in ano berlaku lagi
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.