Sulit
4 tahun
Flow period tak datang disebabkan pcos
saya seorang pesakit PCOS dan walaupun ada pcos flow period saya normal tapi untuk bulan october period saya tak datang lagi dan lewat 5 hari. normal ke? saya tak ke hospital yang selalu saya pergi untuk appointment atas sebab kewangan.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mengalami masalah period yang sedang lewat 5 hari dan sedang menghadapi PCOS. Kami akan cuba membantu anda.
Memandangkan anda mempunyai masalah PCOS, gejala ini mungkin disebabkan oleh mesalah tersebut, namun haid yang terlewat boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain seperti yang berikut :
- Gangguan tekanan
- Masalah tiroid
- Penggunaan ubat perancang
- Kesan sampingan sesetengah ubatan
- Fibroid atau polip rahim
- Hamil
Untuk mengetahui punca masalah anda dengan lebih lanjut, kami sarankan agar anda merujuk perkara ini kerapa doktor.
Sekiranya anda mengalami masalah kewangan, anda boleh berjumpa dengan doktor di klinik kesihatan yang terdekat untuk mendapatkan bantuan bagi mengatasi masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

























