
nurul.syafika
5 tahun
Folic acid waktu pregnant
Salam sejahtera doktor. Saya berumur 25 tahun dan sedang mengandung 16 minggu. Sebelum mengandung lagi memang saya dah amalkan makan folic acid. Waktu kandungan saya masuk 9 minggu saya mengalami morning sickness yang teruk dan sepanjang tempoh saya mengalami morning sickness yang teruk saya tidak mengamalkan folic acid. Sekarang baru saya mula mengamalkan makan folic acid setiap hari. Soalan saya adakah kandungan saya akan terjejas atau mengalami masalah disebabkan saya skip folic acid tersebut?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, folic acid merupakan sejenis vitamin yang biasanya digunakan sebagai:
- ubat mencegah kejadian neural tube defect (masalah pembentukan saraf tulang belakang) pada bayi yang mana ubat ini diberikan pada orang yang mahu hamil seawal 4 minggu sebelum hamil
- pengubatan penyakit folate deficiency megaloblastic anemia yaitu sejenis penyakit darah
Biasanya folic acid akan diberikan sehingga minggu ke-12 kehamilan. Setelah 12 minggu, pembentukan tulang belakang bayi sudah sempurna. Maka, setelah tempoh ini folic acid boleh diambil sebagai supplemen tambahan.
Untuk mengetahui lebih tentang masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.