
Sulit
5 tahun
Gagal mengawal pancutan mani
ketika bersama isteri,saya sukar menahan atau kontrol pancutan mani
jangka masa saya kurang 5 minit
berbagai ubat & cara saya telah saya cuba & masih gagal
harap doktor dapat jelaskan kanapa & bagaimana mengatasi masalah ini

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Psikogenik - seperti stress, keresahan, hubungan bermasalah
- Psikiatrik - penyakit keresahan, kemurungan
- Neurogenik - trauma, diabetes, alkohol
- Endokrin - masalah tiroid
- Arteriogenik - terkait saluran darah seperti darah tinggi, merokok, diabetes, kolesterol tinggi dan lain-lain
- Masalah organ sekitar seperti prostat dan spinal cord - amat jarang
- Kesan samping ubat-ubatan seperti antihipertensi, antidepressan, dan lain-lain
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.