
norzainizulkefli
5 tahun
Gastrik dan cirit selama 5 bulan
saya lelaki berumur 33 tahun saya. saya sudah menghidap gstrik selama 5 bulan, dan dlm 1 bulan terakhir mnjadi semakin teruk dan berat badan saya turun. dan sy cirit birit seminggu sekali dlm bulan ini. sblm ini sy kurang mnjaga makan dan ska minum air gas. adakah gastrik boleh menyebabkan cirit-birit?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah cirit birit ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Pengambilan minuman beralkohol
Makanan yang menyebabkan alahan atau sakit perut
Masalah usus seperti Crohn’s disease atau ulcerative colitis
Kangkitan kuman pada saluran pemakanan
Penyalahgunaan ubat pelawas
Ubat-unatan
Masalah kelenjar tiroid
Bagi menjawab persoalan anda, secara umumnya penyakit gastritis tidak menyebabkan cirit birit secara langsung.
Namun begitu, berikut merupakan jawapan umum bagi soalan yang diajukan. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.