Sulit
4 tahun
Gastrik dan sakit dada
Saya mengalami sakit gastrik hampir 3 minggu dan sehingga kini masih lagi merasa tidak selaesa terutama d bahagian dada,ulu hati dan tekak.tempoh 3 minggu membuatkan saya risau kerana masih tiada tanda tanda ia nya sembuh
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala sakit dada anda boleh disebabkan:
- Asid (gastrik) refluks - apabila asid perut memasuki saluran pernafas
- Ketidakhadaman - akibat penyakit seperti ulser perut
- Jangkitan saluran susu payudara atau saluran susu tersumbat
- Sakit jantung - wanita bersalin mempunyai risiko darah membeku dalam saluran darah dan jika saluran darah jantung atau paru-paru mempunyai darah beku, ia boleh menyebabkan sakit pada dada
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.