Sulit
6 tahun
Gastrik dan tidak datang haid
Saya wanita brusia 20 an, dan tidak dtg haid selama 2 bulan, kemudian gastrik sy mnyerang dibhgian ulu hati dan bwah perut, adakah itu tnda2 hamil?sy telah melakukan ujian kehamilan sebyk 2 kli tpi jwapannya negatif…
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala lewat haid ini boleh disebabkan:
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan aktif
- Kehamilan luar rahim
- Tekanan emosi
- Kekurangan berat badan atau berat badan berlebihan
- Masalah kalenjar tiroid atau pituitari seperti hipertiroid
- Masalah polycystic ovarian syndrome - sekiranya membesar dan banyak, ia boleh disalah anggap sebagai kehamilan
- Ketumbuhan rahim
- Ketumbuhan ovari
Sakit perut turut boleh disebabkan oleh beberapa sebab yang sama di atas.
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.


























