
Sulit
4 tahun
Gastrik, panas muka, panas kepala, tengkuk sakit, kepala berdenyut
Saya lelaki berumur 28tahun. Saya nak bertanya, saya mengalami gastrik… adakah saya boleh minum vitamin C redoxon double? Atau vitamin c itu ada asid?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah sakit gastrik yang tidak dapat dikawal dengan ubat gastrik boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ulser perut- Stress ulser merupakan masalah yang lazim dalam golongan yang bekerja keras
- Refluks asid- anda mempunyai simptom jantung berdegup laju dan sakit dada.
- Radang pankreas
Anda boleh mengambil suplemen vitamin C tanpa sebarang nasihat atau preskripsi doktor. Anda perlu memastikan bahawa pengambilan vitamin C tidak melebihi dos yang disyorkan kerana boleh mendatangkan kesan seperti cirit-birit.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.