
Sulit
2 tahun
Gastrik sakit di bahagian kiri atau kanan
Sy berusia 20 tahun

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Gastrik atau gastritis terjadi apabila berlakunya penurunan pada tahap perlindungan lapisan dalam perut.Gejala yang hadir dalam penyakit gastrik selalunya adalah ringan dan boleh menghilang sekiranya langkah yang betul diambil oleh pesakit. Antara gejala yang boleh berlaku ialah:
Senak perut (ketidakhadaman)
Sakit di bahagian ulu hati (sebelah kiri)
Hilang selera makan
Perut kembung
Loya
Muntah
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.