
Sulit
5 tahun
Gastrik serta nafas pendek
Saya lelaki umur 31 thn.Saya sering kembung perut serta nafas pendek.selepas itu muntah2

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala nafas pendek dan muntah yang anda alami boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Kesan perut kembung yang menekan tisu diafragma paru-paru
- Kesan asid refluks ke dalam saluran udara - menyebabkan keradangan paru-paru
- Penyakit asma/COPD (sekiranya pernah merokok)
- Jangkitan saluran udara/paru-paru
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.