Sulit
4 tahun
Gastrik teruk atau tidak
Hello doktor…saya nak bertanya soalan…saya wanita yang berumur 27 tahun…saya alami sakit gastrik terasa sangat pedih sekali kena cucuk…belakang saya juga sakit kalau gastrik yang saya alami…saya akan muntah jika saya gastrik dan akan lega sikit…apa jenis gastrik yang saya alami ini doktor?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala-gejala yang anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa faktor dan bukan setakat gastrik sahaja seperti:
- Keracunan makanan
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Penyakit ulser perut
- Radang pankreas
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.