
nursazila94
4 tahun
Gatal bahagian tapak tangan dan tapak kaki
Assalamualaikum. Saya ila dan tengah pregnant 20 minggu anak kedua. Saya nak tanya, kenapa ye tapak tangan dan tapak kaki saya tiba tiba saje rasa gatal gatal ? Sepanjang pregnant tak penah jadi macam ni dan ianya baru berlaku semalam. Rasa tak selesa dan pedih. Apa yang perlu saya buat untuk hilangkan rasa gatal ni ? Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan tapak tangan dan kaki yang anda alami boleh disebabkan:
- Gigitan serangga
- Jangkitan virus herpes
- jangkitan penyakit tangan, mulut dan kaki
- Masalah hempedu - hal ini boleh terjadi apabila seseorang mengandung dan menyebabkan kandungan dalam hempedu memasuki saluran darah
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.