Sulit
6 tahun
Gatal biasa atau kurap
Saya wanita dalam 20-an. Saya mengalami gatal ni dah lebih 7 bulan. Pada mulanya saya ingat gatal biasa tapi makin lama makin teruk sampai kulit saya jadi hitam. Adakah ini kurap? Ada ke losyen atau ubat sapu di farmasi yang sesuai utk saya? Terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Penggunaan estrogen secara ubat makan
- Peningkatan estrogen daripada kehamilan atau obesiti.
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti pesakit yang menjalani kemoterapi atau mempunyai jangkitan HIV dan juga pesakit pemindahan organ
- Penggunaan antibiotik spektrum luas untuk jangka masa yang lama juga boleh mengakibatkan jangkitan kulat faraj
- Menghidap penyakit kelamin
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera kerana bukan sebarang losyen boleh merawat keadaan anda Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.

































