Sulit

2 tahun

Gatal dan inflamasi di kawasan vagina

Saya berumur 32 tahun. Masalah ini saya sudah alami lebih 10 tahun. Gatal yang melampau di kawasan vagina bila ketika pms, bila makan telur dan keju. Kesannya vagina saya menjadi sangat gelap dan berparut. Saya pernah ke klinik swasta dan doktor prescribe me with anti fungal pil, cream and feminine wash. Pil itu berkesan tapi kegatalan tetap akan datang ketika PMS. Sangat tidak selesa.

Jika saya ke klinik kesihatan, bagaimana saya perlu cakap pada doktor? Saya takut ia tak boleh diubati. Kawasan vagina yang gelap buat saya hikang keyakinan untok mencari pasangan.

Salam sejahtera,

Terima kasih atas soalan anda.

Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.

Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:

  1. Jangkitan kulat
  2. Iritasi kulit
  3. Jangkitan seksual
  4. Kudis buta
  5. Jangkitan kutu
  6. Kencing manis

Kaum wanita perlu mengambil langkah berikut untuk mengelakkan daripada masalah kegatalan pada kemaluan:

  • Untuk mengelak daripada sebarang jangkitan di kawasan kemaluan, lap bahagian kemaluan dari depan ke belakang untuk menghalang bakteria dari dubur masuk ke dalam vagina, setiap kali selepas membuang air di tandas.

  • Elakkan pemakaian produk kimia seperti ‘douch’ vagina atau semburan kebersihan wanita, yang boleh mengganggu keseimbangan pH vagina.

  • Elakkan daripada memakai produk kebersihan feminin yang berbau wangi (seluar dalam, pad, sabun).

  • Pakai seluar dalam dan pakaian yang longgar dan serat semula jadi. Tukar seluar dalam sekurang-kurangnya setiap 24 jam.

  • Pastikan kawasan kelamin bersih dan kering. Gunakan sabun lembut dan bilas dengan baik.

  • Gunakan pencuci pakaian yang sesuai dengan kulit untuk mencuci seluar dalam.

  • Keringkan kemaluan dengan sempurna selepas mandi dan berenang. Elakkan memakai pakaian yang basah untuk jangka masa yang panjang.

  • Elakkan seks tanpa perlindungan, terutamanya jika anda bimbang bahawa anda atau pasangan anda mungkin mengalami jangkitan.

Sekiranya anda mengalami kegatalan pada kemaluan yang tidak hilang selepas beberapa hari atau lebih, atau masalah tersebut menyebabkan anda bimbang, berbincanglah dengan doktor atau pakar kesihatan lain yang lain. Kegagalan mencari nasihat perubatan profesional akan membawa kepada masalah yang lebih teruk, seperti penyebaran penyakit berjangkit melalui hubungan badan yang rapat (biasanya hubungan seksual) atau jangkitan kulit sekunder. Di samping itu, ia mungkin disebabkan oleh penyakit seperti diabetes jenis 2, terlepas pandang untuk didiagnosis, sehingga meningkatkan risiko untuk mendapat komplikasi diabetes. Sekiranya anda menghidap diabetes dan kerap mendapat gatal-gatal alat kelamin, ia boleh menjadi petanda bahawa kadar glukosa darah anda terlalu tinggi.

Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.

Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor

Sila klik di sini untuk bercakap dengan Pakar sakit puan

perempuan%209

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Darah Tinggi (418) Penuaan (16) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2)