nurluho
6 tahun
Gatal dan Kembang air berulang
Hi, saya wanita 20’an mengalami kegatalan dan kembang berair pada bahagian sulit dan jari kaki . Pada mulanya, saya ingat gatal biasa. Tetapi ia mula tumbuh seperti kembang bernanah dan apabila saya menyucuk menggunakan jarum, hanya cecair berbentuk air sahaja yg terkeluar dan bukan nanah. Saya melakukannya berulang kali sehingga ia semakin kering dan meninggalkan kulit kering. Namun tidak lama kemudian kegatalan dan ketumbuhan cecair seperti itu berlaku lagi d bahagian yg lain.
cth nya d jari tengah kaki saya dan di sekeliling bahagian paha
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan dan bintik berair yang terdapat pada kemaluan dan badan anda boleh disebabkan:
- Jangkitan herpse genital - iaitu virus yang membuatkan selesema
- Jangkitan Penyakit kelamin seperti sifilis - jika ada membuat seks bebas
- Penyakit kulit seperti ekzema/lichen planus
- Alahan pada kain atau produk sabun
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.



































