
Sulit
4 tahun
Gatal di bahagian belakang
Hai doktor, saya berumur 18tahun, di belakang saya sering mengalami kegatalan kulit sehinggakan saya tidak selesa, saya rasa gatal itu bukanlah stu ruam,tetapi mungkin sebaliknya! Boleh saya tahu mcm mna untuk mengatasi masalah ini?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Jangkitan kulat
Ekzema: biasanya disebabkan alahan
Kurap (ringworm)
Dermatitis: radang kulit yang boleh disebabkan alahan kepada bahan kimia biasanya pada produk pencuci
Psoriasis
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Bagi mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.