Anonymous
6 tahun
Gatal di bahagian faraj
Saya berumur 19 tahun.saya mengalami gatal2 di bahagian bawah faraj dan saya sangkakan hanya gatal biasa sahaja.ia berlaku pada hari keempat saya haid.bila saya check ,kelihatan warna merah dan macam terkeluar kulit dan ada jerawat di bawah bahagian gatal itu.adakah serius doktor?
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarakan keterangan yang anda berikan, kegatalan pada kemaluan berserta kemerahan dan “jerawat” boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Jangkitan virus HPV
- Jangkitan virus HSV
- Jangkitan kulat Kandida
- Vaginosis bakteria
Untuk mencegah kegatalan pada kemaluan beberapa langkah pencegahan umum boleh diambil seperti:
- Krim antikulat bagi jangkitan kulat
- Digalakkan untuk memakai seluar dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang terlalu ketat.
- Mengelakkan daripada membasuh bahagian sulit dengan terlalu banyak sabun berbuih yang wangi
- Kerap tukar pakaian dalam anda
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.

































