
Sulit
4 tahun
Gatal di bahagian Labia Minora dan Klitoris
Saya berumur 25 tahun. hamil sudah 3 bulan. Saya mula perasan kawasan labia minora dan klitoris gatal sejak doktor sahkan usia kandungan dalam 3/4 minggu. sehingga sekarang kawasan itu masih gatal. Basuh dengan air suam pun saya dah buat. Adakah itu normal untuk ibu-ibu hamil ? Apa nasihat doctor dan ubat apa yang saya boleh dapat sesegera mungkin di farmasi ? Terima kasih Doctor

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, kegatalan dikemaluan boleh disebabkan:
- Jangkitan virus seperti Herpes genital dan HPV virus
- Jerawat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Penyakit kelamin berjangkit seperti gonorrhoea
- Jangkitan kulat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Kekal bebas daripada jangkitan penyakit kelamin. Dapatkan nasihat Pakar dengan segera.