
Sulit
5 tahun
Gatal di bahagian luar permukaan faraj
Salam Sejahtera, saya wanita berusia 26 tahun dan sudah berkahwin. Baru-baru ini saya ada mengalami kegatalan di bahagian luar faraj saya. Saya mula merasakan kegatalan selepas melakukan hubungan kelamin dengan suami. Sebelum ini, saya ada rujuk pada doktor di hospital berdekatan saya.Doktor memberikan cadangan untuk cuci kemaluan sebelum dan selepas melakukan hubungan kelamin dan memberikan antibiotik untuk saya makan. Selepas beberapa minggu,saya merasakan gatal tersebut seperti datang kembali. Apakah yang perlu saya lakukan? Bolehkah saya mencuci dengan pencuci feminin wanita?
Terima kasih kerana menjawab soalan saya.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Masalah kegatalan pada faraj boleh disebabkan oleh:
- Alahan pada pencuci wanita atau material kain
- Ubat anitibiotik tidak diambil habis
- Ubat preskripsi yang salah
- Jangkitan kulat
- Penghidap penyakit kencing manis atau golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah
- Suami mungkin perlu mendapat rawatan juga kerana penyakit kelamin mudah merebak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.