
nosinnohell
5 tahun
Gatal di bahagian scrotum
Saya lelaki berusia 19 tahun mengalami kegatalan di bahagian scrotum kiri dan mula mengalaminya sejak berusia 14 tahun. Anehnya, ia hanya berlaku pada bahagian kiri dan tidak pernah di bahagian lain. Kadang kala ianya hanya kegatalan biasa dan kadang kala ianya gatal sehingga luka. Saya merupakan seorang yang amat mementingkan kebersihan terutamanya di bahagian sulit. Saya mandi lebih lima kali sehari dan saya menukar seluar dalam sehingga 5 kali sehari. Saya juga sentiasa memastikan bahagian sulit saya sentiasa kering selepas mandi dan sebelum memakai seluar dalam. Adakah ini sebuah petanda saya bakal mengalami penyakit lain yang lebih kritikal ?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala kegatalan pada buah zakar boleh disebabkan:
- Jangkitan kulat
- Penyakit kulit seperti ekzema/psoriasis
- Alahan dermatitis - seperti kain seluar dalam
- Jangkitan virus herpes genital/HPV
Sekiranya masalah ini berlanjutan serta memudaratkan kesihatan anda, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.