
Sulit
4 tahun
Gatal di bahagian tempatkemaluan
Hi doc,saya berumur 15 tetpi saya mndapati terdapat gatal ii di bahagian kemaluan.baru ii ini saya lihat,saya puntu dah melecet,ia juga berbau,adakah saya terkena jangkita kulat?adakah jangkitan itu berbahaya?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi iaitu gatal di tempat kemaluan. Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- jangkitan kulat (tinea versicolor, pityriasis versicolor)
- jerawat
- Fordyce spots
- tindakbalas alahan
- jangkitan kelamin seperti Herpes Simplex
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.