
Sulit
5 tahun
Gatal di celah kelangkang dan kawasan kemaluan
Hai Dr. Saya wanita dalam 20-an dan belum berkahwin. Saya mempunyai masalah kegatalan pada kedua-dua kelangkangan dan kawasan kemaluan. Kegatalan ini menyebabkan saya garu dan berdarah. Kegatalan ini menyebabkan saya tak selesa & kadang-kadang berasa pedih apabila tiap kali garu kerana ada kesan luka. Pelbagai ubat di farmasi saya dah guna tapi hasilnya tiada. Pada pandangan Dr,adakah kegatalan ini sejenis kurap? Apakah solusinya. Ada yang menyarankan untuk saya menukarkan pakaian dalam yang lebih meresap peluh. Sudah hampir 3 bulan saya mengalami kegatalan ini.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, masalah gatal-gatal di daerah kelengkang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris jangkitan sekelompok jenis kulat
- seborrhoic dermatitis akibat sensitiviti bahagian kulit berambut
- contact dermatitis akibat pemakaian seperti bahan pakaian yang tidak menyerap peluh
- candidiasis iaitu jangkitan sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis penyakit autoimun
Harus diketahui bahawa pengubatan untuk masalah ini harus ditangani dengan konsisten. Di samping berubat dengan doktor, antara yang digalakkan untuk anda lakukan bagi mengurangkan kejadian ulang kurap di celah kelengkang adalah:
- Mengurangkan berat badan agar kulit peha tidak bergesel
- Mengelakkan memakai seluar yang ketat
- Pastikan bahagian tersebut kering. Kenakan bawahan dari bahan yang menyerap peluh seperti kapas
- Elakkan berkongsi tuala atau menggunakan tuala yang lembap
- Jauhi berkongsi pakaian dalam ataupun cadar dan sebagainya
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.