Sulit
6 tahun
Gatal di celah kelengkang
Saya wanita berusia 29 tahun. Bulan lepas saya ada buat urine test dan pihak lab test mendapati saya ada masalag kencing kotor. 3 mgu lepas saya mengalami masalah kegatalan berbinti merah seolah2 peta dan bernanah di tepi kiri dan kanan kemaluan(kawasan berlipat)/ celah kelengkang. Saya cuma merujuk kepada farmasi luar dan mereka memberikan saya krim fobancort. Selepas seminggu, kawasan kiri dan kanan/ celah kelengkang itu sembuh tapi kegatalan dan ruam merah tersebut merebak mendekati kawasan punggung. Ianya terasa panas, gatal dan membentuk seperti bulatan. Adakah saya menghidapi kurap disebabkan kulat ataupun disebabkan oleh jangkitan bakteria? Apakah krim ataupun ubat yang sesuai untuk masalah ini? Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, gatal di celah kelengkang dengan kemerahan berupa peta berbentuk bulatan boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- tinea cruris yang merupakan jangkitan kumpulan kulat
- dermatitis seborrhoic kerana masalah dengan kulit berbulu
- kudis buat (scabies)
- contact dermatitis kerana sentuhan dengan bahan yang mengiritasi kulit atau yang menyebabkan alahan
- Candidiasis adalah sejenis kulat
- flexural psoriasis - sejenis masalah autoimun
Setiap penyebab diatas mempunyai pengubatan yang berbeza. Justeru, sebaiknya anda mendapatkan rujukan doktor agar dapat diberikan ubatan yang tepat dan efektif. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.


































