
Sulit
5 tahun
Gatal di kawasan punggung, bukan di dubur
Saya wanita berumur 20-an, gatal di bahagian punggung, bukan di dubur tetapi bahagian atas punggung, berhampiran antara 2 punggung, hanya satu bahagian sahaja. Kawasan gatal agak kemerahan, nampak macam ada bintik tapi tak ketara. Kelihatan juga rupa jerawat putih tapi tak sakit, hanya gayal yang amat. Kawasan yang gatal agak menebal. Ada juga gatal di bahagian atas tundun tapi tak gatal sangat macam di kawasan punggung. Biasanya jadi lepas shave tapi tak ada shave di bahagian punggung, hanya di kawasan tundun sahaja. Sudah ke doktor banyak kali, setiap kali diberi ubat berlainan. Paling baru diberi Travocort cream sahaja tetapi kesannya tiada. Tapi tak gatal.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Selamat sejahtera.Terdapat pelbagai jenis penyakit yang boleh menyebabkan ruam di kulit punggung anda seperti:
- Penyakit kurap adalah disebabkan oleh jangkitan kulat dan seringkali terjadi di kawasan yang berpeluh banyak seperti pangkal paha, punggung, alat kelamin, ketiak dan tapak kaki. Tanda-tanda jangkitan ini termasuk kegatalan, ruam bersisik, kemerahan dan perasaan membakar terutamanya selepas digaru.
- Ruam haba kerap berlaku apabila peluh berlebihan dan saluran peluh tersumbat. Faktor-faktor yang mengakibatkan ruam ini adalah seperti pakaian ketat dan penggunaan krim tebal. Ia juga biasanya berlaku di kawasan yang sering tergeser seperti paha dalaman. Ia boleh hilang sendiri jika kulit terjejas disejukkan.
- Atopic dermatitis atau ekzema adalah sejenis penyakit kulit kronik. Ia biasanya bermula di siku dan lipatan lutut tetapi boleh merebak ke merata-rata badan. Tanda-tandanya termasuk kegatalan, ruam bersisik dan kulit kering dan merah.
- Kontak dermatitis disebabkan oleh pendedahan kepada ‘irritant’ atau alergen seperti lateks sabun, krim, peluntur dan juga beberapa jenis pakaian.
Bagi semua penyakit ini, jika tidak dirawat dan kulit kerap digaru, lama-kelamaan kulit boleh menjadi tebal dan hitam akibat keradangan. Penyakit-penyakit ini mempunyai rawatan yang berbeza. Oleh itu, anda patut mengunjungi doktor untuk mendapatkan diagnosis tepat supaya boleh mendapatkan rawatan yang paling sesuai.