Sulit
6 tahun
Gatal di sekitar vagina
Saya wanita 23 tahun mengalami gatal pada kemaluan sekitar lubang vagina… 2 hari gatal mungkin rasa normal, tapi malam hari kdua nampak ada putih (macam ulser dlm mulut) pada tempat tersebut. Apa perlu sy buat? ada ubat yg boleh sy dapatkan difarmasi berhampiran? terima kasih.
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Besar kemungkinan anda mengalami penyakit kelamin, terutamanya jika anda aktik secara seksual. Faktor- faktor lain bagi masalah anda adalah seperti:
- Alahan pada bahan pencuci
- Jangkitan kulat (candidiasis)
- Vaginosis bakteria
Bagi mendapatkan rawatan, doktor perlu mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat. Maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.


































