Sulit
3 tahun
Gatal di tapak tangan dan celah peha selepas bersalin
Hai Dr . Sy ibu kepada 3 cahaya mata . Sy baru lepas melahirkan dan hari ni merupakan hari ke 22 . Saya mengalami gatal di tapak tangan dan celah peha . Celah peha juga menjadi kering , gatal dan mula melecet kesan dari tindakan sy menggaru . Adakah itu normal dan apa punca nya ?
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Pertama sekali, kami ingin ucapkan tahniah atas kelahiran anak anda!
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi selepas bersalin iaitu gatal gatal di seluruh badan. Untuk makluman anda, gejala-gejala yang anda alami boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gatal akibat darah tinggi dengan urea
- Darah tinggi dengan bahan kimia fosforus yang tidak dapat dibuang dalam rawatan dialisis
- Dermatitis atopic - sejenis alergi biasanya pada orang asma dan resdung
- Contact dermatitis terdedah kepada bahan yang boleh menyebabkan gatal
- Jangkitan kulit seperti kulat, kutu, kudis buta, dan lain-lain
- Gatal terkait penyakit sistemik seperti masalah buah pinggang, masalah hati, penyakit darah dan lain-lain
- Akibat ubatan
- Penyakit atopik seperti ekzema
- Alahan/ alergi
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih lanjut punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.